Assalamualaikum.. Hi semua..
Serius dah lama fash tak tulis blog sebab
busy and tak ada idea nak tulis entri apa..
Untuk entri pertama tahun 2012 ni,
fash nak cerita apa event yang fash join..
Bila tengok post title atas tu, entah apa orang fikir agaknya..
PUSAKA..
Sebenarnya Pusaka tu tajuk teater yang kolej fash persembahkan tahun ni..
* pameran di pintu masuk penonton, hasil kreativiti krew2 8thStage Production *
Teater ni kami persembahkan sempena Karnival Teater UM 2012 (Karviter)
Setiap malam jam 8.30 malam, 1 kolej akan mempersembahkan teater..
Kolej fash (Kolej Kediaman Kinabalu,UM) dapat turn buat persembahan pada 18 Februari 2012 (Sabtu)..
Apa2 pun, biar fash bagi sipnosis teater ni..
Pusaka ni berkisar tentang 2 adik beradik iaitu Salih dan Malik, berserta Milah isteri Salih.
Malik & Milah ni nak sangat tanah pusaka peninggalan orang tua Salih & Malik..
Malik nak sangat tanah pusaka tu sebab dia dah janji dengan Tauke Taman Tema tu..
Si Milah pulak dah lama tunggu janji Malik nak belikan segala perhiasan wanita untuk dia (emas,intan,berlian,permata, dll)
Tapi sebagai abang,Salih tak akan jual tanah pusaka tu sebab tu amanah orang tua nya.
Disebabkan keengganan Salih, suatu hari tu satu kejadian pembunuhan pun berlaku..
Malangnya Milah menjadi mangsa tuduhan pembunuhan tu kerana Malik telah memerangkap Milah..
Segala janji Malik kepada Milah hanya lah janji manis shj..
Rupa2nya Salih lagi bijak bertindak kerana dia telah mewasiatkan tanah pusaka itu kepada rumah anak-anak yatim jika ada apa2 berlaku kepada nya.
Haa,camtu lah lebih kurang ceritanya.. Hehe..
Okay now, fash nak memperkenalkan barisan pelakon teater ni, tak ramai pun..
* Salih muka kesian lakonan Aqmal *
* Malik dengan gelak jahatnya lakonan Sharul *
* Milah lakonan mantap oleh Intan *
* Pegawai yang dilakonkan dengan jayanya oleh Syafiq *
Okay, tu lah dia pelakon2 nya..
Berikut yang di bawah ni pulak latar tempat nya..
Ada 3 je tempat nya..
* rumah Salih dan Milah *
* telefon di penjara *
* batu di kawasan tempat Salih dibunuh *
Kalau tengok balik scene place teater kitorang ni memang simple sangat kan..
Tapi yang batu atas ni, fuhh..
Susah crew props nak buat sampai ramai lah yang puji nampak macam batu betul..
Hehehehe..
Lepas ni jom tengok pulak fash snap gambar masa pelakon2 tu berlatih..
* ni lah scene Salih nak kena bunuh dengan Malik *
* Abg Fyzal tgh ajar pelakon menyanyi dgn gaya yg betul *
* Milah,ambil lah,surat ceraimu, yang kau tunggu-tunggu...*
* Jangan lupakan saya, bolehlah Malik belikan.. Emas, intan, berlian, permata.. Mutiara, zamrud & topaz *
* Muka Aqmal semangat berlakon *
* -____- *
Okay, enough with the actors and actress..
Untuk menjayakan teater ni, mesti ada crew2 di belakang tadbir..
Abg Fyzal : Tenaga pengajar yang tak penat2 ajar pelakon sampai tengah malam..
Zee: Pengarah teater yang sangat komited..
Props: Hana, Arini
Make-up & busana: Fash, Cokobi
Sound & lighting: Ery, Ann.
p/s: Sorry kalau ada nama yang tak dimasukkan sebab buat entri ni tengah malam,so fash tak berapa ingat..
Selain daripada krew belakang tadbir, ada 2 lagi orang penting..
Pengacara : Loke
dan
Suara Latar: Fash, hehehehe
Seriously, fash cuak even suara latar je pun..
Zee minta fash jadi suara latar untuk warden penjara & hakim mahkamah..
Memang sesuai sangat lah kan..
Hihihi..
* "Saya Loke, pengacara anda pada hari ini" *
* Abg Fyzal (tengah) bersama dengan pelakon2 sebelum persembahan bermula *
* Selepas habis persembahan,penyelia(duduk di karpet) & anak2nya bergambar dengan krew 8thstage Production *
Setelah penat lelah semua tu, Alhamdulillah kolej kami mendapat 1 pencalonan berharga..
Pencalonan pelakon wanita terbaik, Intan..
Tahniah kepada Intan..
Walaupun tak menang, kami tak kisah sebab krew tahun ni dah buat yang terbaik walaupun krew2 tahun ni semuanya bukan daripada latar belakang seni..
Tahniah lagi sekali kepada semua yang terlibat..
Ada stress nya, ada seronoknya..
Teater ni telah membina 1 lagi persahabatan yang baru..
Itu je dari fash setakat ni..
Doakan kejayaan 8thstage Production untuk masa akan datang okay..
~ Peace peace ~