Saturday, 10 March 2012

That extremely awkward moment when..

Hi, assalamualaikum..

In 2 days fash already made 3 entries including this one..
Sementara ada mood ni buat lah..

Oh yea, regarding to that title..
Mesti ramai yang pernah alami mana2 saat yang sangat "awkward"..
Awkward ni macam rasa pelik and tak selesa..
Itu apa yang fash rasa lah..

Di sini, fash cuma nak tumpu dekat 1 situasi je..
Di mana kita akan rasa janggal dan tak selesa sangat2 bila kita dalam duduk dalam satu group and then kita sorang je tak tahu langsung apa yang ahli2 lain tengah cakap..

Haa,apa perasaan anda semua?

Bagi fash, mesti rasa janggal sangat, tak selesa, bengang pun ada, rasa nak blah pun ada..
Macam2 lah yang boleh dirasakan..
Hehehe..

* kesian kan budak tu *

Bukan apa,sebenarnya kalau siapa2 dalam situasi begitu, fash rasa lebih baik diam je daripada menyibuk tak tentu pasal kan..
Orang dah nak sampai kemuncak, kau baru nak tau jalan then nak sibuk2 tanya..
Jadi orang akan anggap kita menjengkelkan atau "annoying"..

So, better if we just be quiet and finish the things that you've been doing at that moment..

So for the other parties, janganlah anggap orang yang tak tau apa2 tu tak ada perasaan kecewa or kecil hati..
Kalau korang dalam situasi tu, baru lah tau apa rasanya..
Why don't you ask him/her to join in your group conversation..
Don't expect them to approach you sebab diorang tu sorang and korang ramai2..
So boleh nampak kan perbezaan antara 2 belah pihak kan?
Bila dua2 okay baru lah harmoni apa2 perbualan dan perbincangan tu..

           

Itu je pendapat fash untuk situasi yang agak tegang di atas..

p/s: Kalau ada apa2 yang fash cakap tu salah or menyakitkan mana2 pihak fash minta ampun dan maaf. Sesungguhnya tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada. Ni sekadar menyuarakan pendapat je..

~ Peace Peace ~


Friday, 9 March 2012

MIS

Assalamualaikum..
Salam Hari Jumaat..

MIS
What is MIS?

MIS is the acronym for Management Information System..

Menurut Encik Wiki,
MIS provides information which is needed to manage organizations efficiently and effectively.

MIS involves 3 primary resources:
1. People
2. Technology
3. Information / decision making

Oh yes, kenapa fash cerita semua ni..
Sebab fash tengah majoring in MIS 
dan 
insyaAllah
fash grad tahun 2014..

Bila dah belajar nak masuk tahun ke-3 dah next semester, fash dapat nampak MIS ni ada combination dengan elemen lain..

* MIS + Computer Science + Business *

BUSINESS???
Oh my, fash lemah business tapi management insyaAllah boleh buat..
So dalam kampus, fash kena lah belajar cara2 untuk manage, involve dalam leadership dan bekerja dalam kumpulan..

Oh yea..
Kenapa fash pilih majoring ni?
Tak ada sebab yang kukuh, cuma antara majoring yang lain,
rasanya MIS je yang fash insyaAllah boleh bawa sampai grad..
Doakan fash..

Majoring ni banyak sangat menghafal and fash memang lemah menghafal..
Tapi tak apa, fash mesti boleh buat juga..
Usaha, tawakkal dan doa tu yang penting..

Bila dah ambil course ni dah lama tak buat Maths..
Fash rindu sangat2 buat Maths..
Sem ni Alhamdulillah ada Maths statistics..
Hehehehe..


* ^.^ *

Apa pun, fash harap dapat grad dengan keputusan yang baik supaya dapat buat kedua abah dan mama fash bangga dengan fash..
Amin yarobbal alamin..

Sekian, wassalam :)

PUSAKA

Assalamualaikum.. Hi semua..

Serius dah lama fash tak tulis blog sebab 
busy and tak ada idea nak tulis entri apa..

Untuk entri pertama tahun 2012 ni,
fash nak cerita apa event yang fash join..

Bila tengok post title atas tu, entah apa orang fikir agaknya..

PUSAKA..
Sebenarnya Pusaka tu tajuk teater yang kolej fash persembahkan tahun ni..


* pameran di pintu masuk penonton, hasil kreativiti krew2 8thStage Production *

Teater ni kami persembahkan sempena Karnival Teater UM 2012 (Karviter)
Setiap malam jam 8.30 malam, 1 kolej akan mempersembahkan teater..
Kolej fash (Kolej Kediaman Kinabalu,UM) dapat turn buat persembahan pada 18 Februari 2012 (Sabtu)..


Apa2 pun, biar fash bagi sipnosis teater ni..

Pusaka ni berkisar tentang 2 adik beradik iaitu Salih dan Malik, berserta Milah isteri Salih.
Malik & Milah ni nak sangat tanah pusaka peninggalan orang tua Salih & Malik..
Malik nak sangat tanah pusaka tu sebab dia dah janji dengan Tauke Taman Tema tu..
Si Milah pulak dah lama tunggu janji Malik nak belikan segala perhiasan wanita untuk dia (emas,intan,berlian,permata, dll)
Tapi sebagai abang,Salih tak akan jual tanah pusaka tu sebab tu amanah orang tua nya.
Disebabkan keengganan Salih, suatu hari tu satu kejadian pembunuhan pun berlaku..
Malangnya Milah menjadi mangsa tuduhan pembunuhan tu kerana Malik telah memerangkap Milah..
Segala janji Malik kepada Milah hanya lah janji manis shj..
Rupa2nya Salih lagi bijak bertindak kerana dia telah mewasiatkan tanah pusaka itu kepada rumah anak-anak yatim jika ada apa2 berlaku kepada nya.

Haa,camtu lah lebih kurang ceritanya.. Hehe..

Okay now, fash nak memperkenalkan barisan pelakon teater ni, tak ramai pun..

* Salih  muka kesian lakonan Aqmal *           

* Malik dengan gelak jahatnya lakonan Sharul *

* Milah lakonan mantap oleh Intan *
         

* Pegawai yang dilakonkan dengan jayanya oleh Syafiq *

Okay, tu lah dia pelakon2 nya..

Berikut yang di bawah ni pulak latar tempat nya..
Ada 3 je tempat nya..

* rumah Salih dan Milah *

* telefon di penjara *

* batu di kawasan tempat Salih dibunuh *

Kalau tengok balik scene place teater kitorang ni memang simple sangat kan..
Tapi yang batu atas ni, fuhh..
Susah crew props nak buat sampai ramai lah yang puji nampak macam batu betul..
Hehehehe..

Lepas ni jom tengok pulak fash snap gambar masa pelakon2 tu berlatih..

* ni lah scene Salih nak kena bunuh dengan Malik *

* Abg Fyzal tgh ajar pelakon menyanyi dgn gaya yg betul *

* Milah,ambil lah,surat ceraimu, yang kau tunggu-tunggu...*

* Jangan lupakan saya, bolehlah Malik belikan.. Emas, intan, berlian, permata.. Mutiara, zamrud & topaz *

* Muka Aqmal semangat berlakon *

* -____- *

Okay, enough with the actors and actress..

Untuk menjayakan teater ni, mesti ada crew2 di belakang tadbir..

Abg Fyzal : Tenaga pengajar yang tak penat2 ajar pelakon sampai tengah malam..
Zee: Pengarah teater yang sangat komited..
Props: Hana, Arini
Make-up & busana: Fash, Cokobi
Sound & lighting: Ery, Ann.
p/s: Sorry kalau ada nama yang tak dimasukkan sebab buat entri ni tengah malam,so fash tak berapa ingat..

Selain daripada krew belakang tadbir, ada 2 lagi orang penting..
Pengacara : Loke
dan
Suara Latar: Fash, hehehehe

Seriously, fash cuak even suara latar je pun..
Zee minta fash jadi suara latar untuk warden penjara & hakim mahkamah.. 
Memang sesuai sangat lah kan..
Hihihi..

* "Saya Loke, pengacara anda pada hari ini" *

* Abg Fyzal (tengah) bersama dengan pelakon2 sebelum persembahan bermula *

* Selepas habis persembahan,penyelia(duduk di karpet) & anak2nya bergambar dengan krew 8thstage Production *

Setelah penat lelah semua tu, Alhamdulillah kolej kami mendapat 1 pencalonan berharga..
Pencalonan pelakon wanita terbaik, Intan..
Tahniah kepada Intan..
Walaupun tak menang, kami tak kisah sebab krew tahun ni dah buat yang terbaik walaupun krew2 tahun ni semuanya bukan daripada latar belakang seni..

Tahniah lagi sekali kepada semua yang terlibat..
Ada stress nya, ada seronoknya..
Teater ni telah membina 1 lagi persahabatan yang baru..

Itu je dari fash setakat ni..
Doakan kejayaan 8thstage Production untuk masa akan datang okay..

~ Peace peace ~